Sunday, May 1, 2011

sedar diri?

ROCK, semua tahu sesuatu yang keras. tapi ada pihak yang salah menggunakan rock. bukan kedekut. rock adalah untuk dikongsi tapi bila ada mat jiwang karat yang tegar mengaku mereka juga rock seperti anda atau anda rock separti dia, apa perasaan anda? gelak, marah, keliru? haha.
terdapat kawan-kawan yang bercerita apabila dalam rancangan realiti A.F, hattan bertanya kepada pelajar tersebut yang merupakan peminat tegar K-pop dan J-pop adakah anda rock and roller, dan budak itu mengiakan. ha? mungkin terdapat rockers yang turut keliru. adakah aku bukan rocker atau pelajar itu yang silap? seperti the jonas brothers. menggelarkan mereka adalah rock band. apabila dinilai, lagu mereka tak ubah seperti westlife,backstreetboys, dll. sebuah kenyataan yang boleh membunuh rock and roll. mungkinkah penilaian rock pada masa akan datang mengubah scene rock menjadi sesuatu yang indah dan alunan muzik yang lembut? tiada lagi muzik yang dijuangkan oleh Search? Deep Purple? Black Sabbath? seperti seorang lelaki yang berjalan penuh sopan santun, memakai celak, tetapi mengaku bahawa dia adalah lelaki seperti anda. mushkil?
hanya jauhari mengenal manikam walaupun manikam sudah lupa ingatan akibat dilanggar kereta jauhari yang laju kerana manikam tersalah membaiki kereta jauhari yang telah dijual oleh manikam kerana ingin membeli rumah sebelah rumah jauhari............. hahahaha.

WE ROCKKK!!!

feeling good or getting worst? yeah

No comments: