Friday, December 16, 2011

Mengharap

Mengharap sesuatu yang menjadi angan aku adalah satu perkara yang menyakitkan. harapan itu menjadi hak aku atau sebaliknya. aku senyum sepuasnya. sepuas yang mampu. dapat meyakinkannya bahawa aku sentiasa bersedia untuknya.kadang kala sanggup mengetepikan peribadi agar dapat melihat ukiran senyuman darinya adalah untuk aku. tiada harapku untuk dikurnia seperti seorang bidadari dari syurgaNya. di luar akalku ingin di dampingi seorang puteri.sudikah kita menerima wang syiling dari seorang pengemis? itu yang aku rasa. seperti terjadi padaku. mungkin akal dimanipulasi oleh bisikan halus seketika. tetapi aku rasa, aku seperti pengemis itu.biapun wang itu hanya syiling, cukup dapat menghilangkan dahaga. asalkan hati ini penuh dengan ikhlas untuk memberi. ikhlas? hanya kita dan Pemilik Alam Semester ini sahaja yang tahu. pandangan yang lain? semua mampu berkata apa. aku? aku yang kudus keseorangan tidak mampu menafikan kepetahan umum. siapa yang ingin aku adu? kepada siapa yang ingin ku luah? tiada siapa yang ingin duduk disebelahku untuk mendengar rintihan dan menyapu air mata yang "permata" bagiku dan hanya "simpati bagi sipolan". rintihan seorang yatim piatu mungkin hanya seperti air di longkang yang tiada siapa ingin melihat malah menutup hidung kerana jijik dan busuk. ini yang harusku telan yang kini sebati sebagai darah dan dagingku. jika mengikut hati ini, sudah tidak bermaya lagi melangkah dalam "kehidupan" ini. tapi aku ada tanggungjawab yang wajib aku pikul. pikul untuk mendapat kebahagiaan. siapa yang ingin memberi kebahagiaan padaku? oleh kerana hidup mati ini semuanya demi Agamaku, hanya dariNya kebahagiaan yang akan diperolehi oleh si jijik ini. andai terbujur kaku kelak, mungkin menjadi santapan serangga ataupun si buas. tetapi harapku hanya mati yang mulia disisiMu Ya-Allah. langsung aku tidak mengharap simpati bah kan, coretan ini biarlah terlepas pandang oleh semua. ini ruangku. ku punya seseorang yang menjadi temanku selama ini. gelak tawa, rintihan, mainan perasaan yang ku harap tidak mengundang marah Tuhanku, cerita yang pelbagai dikongsi bersama. aku gembira. jika di ikutkan, ingin ku khabarkan kepada semua. kepada bintang, awan, laut, burung yang riang bertebangan, matahari, hujan dan segalanya. aku bersyukur dengan pinjamanMu Ya-Allah dan ku harap pinjaman ini menjadi teman halalku dan teman disaat aku sesat, juga menjadi makmumku. ku harap hati ini tidak mudah bergoncang akibat bisikan si iblis Latnatullah dan akal ni hendakya tidak mencipta ilham yang dilarangMu. sifatku seperti yang lainnya. kudus dan kecil disisiNya. aku harap tidak berfikir sehingga melampaui batasan akal... Assalamualaikum W.B.T
feeling good or getting worst? yeah

Tuesday, December 13, 2011

 assalamualaikum w.b.t..lama tol xmenaip ni..now kan dah ada twitter..hahaha...tweet je..assignment bersusun..beratur mcm nak naik LRT kat masjid jamek.. pergh!!..tp hari tu sempat la aku jengjalan ngn ahem2 aku cm kt pic atas ni.. wah!!..nk jgk kn..ea la..sorang kat k.l skng ni sorang kat sabah..so ambil la peluang jengjalan..date?nyampah aku guna word tu..skg ni pon dia da balik sabah..still x puas hati..awal sgt balik..semoga berhati2 di sana..jaga diri..gembira selalu..k dayanQ..miss u..cheers..

pic kat atas ni la yang memeningkan kepala n da selamat di persembahkan kat depan lect. aku.. yg ada skg nie still byk nak mampoih.. assignment sal branding n window display.. mati la weyh..unk drawing assignment pon berlambak jgk..so..nnti la aku sambung menaip ni.."they"gonna kill me..k assalamualaikum
feeling good or getting worst? yeah